Berkongsi:


Pinjaman Peribadi Co-opbank Pertama

Pinjaman peribadi ini disediakan oleh Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (Co-opbank Pertama) dengan bayaran balik melalui potongan biro angkasa. Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dengan nama asalnya “The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited”. Pada tahun 1959 nama tersebut telah ditukarkan kepada Bank Persatuan Kerjasama Seberang Perai Berhad dan seterusnya pada tahun 1995 telah ditukarkan kepada nama Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad dan pada tahun 2014 nama tersebut telah ditukarkan kepada nama Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad. 

Co-Opbank Pertama mempunyai lebih kurang 30 cawangan di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Selepas pelanggan membuat permohonan pembiayaan Co-opbank Pertama melalui Direct Lending, pelanggan akan diperlukan untuk pergi ke cawangan Co-opbank yang terdekat untuk menandatangani surat tawaran apabila pembiayaan sudah diluluskan.
 

Ciri-Ciri Istimewa

  • Amaun pembiayaan sehingga RM200,000
  • Tempoh pembiayaan dari minimum 1 tahun sehingga 10 tahun
  • Kadar keuntungan dari 2.95%.
  • Payout sehingga 98% dan tolak 2 bulan bayaran awal
  • Bayaran melalui biro angkasa
  • Tiada yuran ahli, tiada yuran pemprosesan
  • Tanpa penjamin atau cagaran
  • Pembiayaan berkonsep Syariah
  • Pembiayaan dilindungi Takaful
  • Proses lebih kurang 1 minggu

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga dan tidak melebihi 60 tahun semasa tamat pembiayaan
  • Kakitangan kerajaan, badan berkanun atau GLC (asalkan majikan ada potongan biro angkasa)
  • Jawatan kekal dan telah berkhidmat selama minimum 3 bulan
  • Pendapatan bulanan tetap minimum RM2,000 termasuk elaun tetap
  • Kira komitmen luar


 Pertanyaan - Pinjaman Peribadi Co-opbank Pertama