Bantuan khas RM300 untuk penjawat awam dibayar 10 Ogos
Bantuan Khas Penghargaan (BKP) kepada penjawat awam dan pesara kerajaan tahun 2023, akan dibayar pada 10 Ogos ini.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang berkongsi surat edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Dr Zulkapli Mohamed menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, bayaran sebanyak RM300 akan diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah, termasuk pegawai dan lantikan kontrak.
“Penerima BKP turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta tidak berpencen yang akan menerima sebanyak RM200.
“Bayaran BKP bagi penjawat awam ini layak diberikan kepada mereka yang masih berkhidmat pada 10 Ogos ini yang merupakan pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS) selain pegawai yang bercuti bergaji penuh, bercuti separuh gaji dan bercuti tanpa gaji,” katanya.
See More
05 Aug 2023