Kenaikan OPR berterusan redakan inflasi tapi perlahankan perkembangan ekonomi

Sebarang kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) secara berterusan walaupun dapat meredakan inflasi, namun boleh memperlahan perkembangan ekonomi domestik, kata pakar ekonomi.

Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan Putra Business School Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latif berkata ini boleh dilihat apabila penurunan kadar inflasi sebanyak sembilan bulan berturut-turut dikaitkan dengan penetapan kadar OPR tersebut.

“Secara teorinya apabila OPR dinaikkan secara berterusan, ini akan memberi tekanan untuk inflasi turun. Kenaikan OPR ke aras 3.0 peratus itu misalnya terbukti menurunkan kadar inflasi kepada 2.8 peratus.

“(Sebaliknya) OPR yang terlalu rendah akan menyebabkan ekonomi meruap apabila berlakunya banyak aktiviti perbelanjaan dan penjualan yang meningkatkan inflasi secara mendadak,” katanya dalam rancangan Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV, hari ini.

See More

05 Aug 2023